JAKIM Perlu Dikaji Semula. Ini Penjelasan Dari Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan terdapat pegawai kanan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terlibat dalam kempen politik berlebihan bersama kerajaan terdahulu.

 

Kata Anwar, perkara itu menjadi antara sebab mengapa peranan Jakim harus dikaji semula bagi memastikan jabatan itu terus relevan di negara ini.

 

“Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kata Jakim akan dibatalkan, beliau kata Jakim akan dikaji semula. Bagi saya tidak salah untuk dikaji balik.

 

“Sekarang ini ramai juga orang bangkitkan berkaitan halal yang mereka kata sudah lebih, maksud saya sampai kain pun nak dihalalkan, ia dikatakan keterlaluan,” katanya.

 

Justeru, kata Anwar, beberapa perkara akan dinilai sebelum sesuatu keputusan dibuat agar peranan lebih jitu dapat dilakukan jabatan itu.

 

“Saya juga ada jumpa dengan beberapa syarikat makanan Cina yang bagi tahu saya mereka tidak kisah berkaitan halal ini. Tetapi kos janganlah tambah-tambah. Keduanya, janganlah periksa terus kerana nak periksa nanti kena juga kos tambahan. Tetapi orang Islam kita kena lah periksa takut mereka pakai bahan yang terlarang.

 

Kerana itu, ada beberapa perkara kita perlu teliti. Dakwah pun sama juga, perlu ada format yang betul. Sebab itu, kita perlu kaji semua perkara,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Tangguh janji sebab beban hutang – Anwar

Rakyat diharap dapat memahami keadaan ekonomi negara dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan baharu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad berusaha sepenuhnya mengembalikan negara kepada landasan.

 

“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu beberapa projek (menifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,” katanya.

 

Menurutnya, Pakatan Harapan (Harapan) membuat janji berdasarkan angka yang diberikan BN.

 

“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” katanya.

 

Beliau berkata, Harapan bersyukur dipilih menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang.

 

“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan berbilion ringgit,” katanya.

 

Menyentuh mengenai kerjasama yang diberikan terhadap Mahathir yang didakwa memenjarakannya, Anwar berkata, beliau seorang yang mudan memaafkan.

 

“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan.

“Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,” katanya.

 

Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang masalah melainkan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anak-anaknya.

 

“Mereka sangat beremosi apabila kami banyak mengadakan rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan” katanya.

 

Ditanya adakah beliau akan kembali ke Parlimen lebih awal, Anwar berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

 

“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” katanya.-Sinar Harian

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *