Semalam aku surf laman web tupperware. Ada promotion beli barangan P&G yang terpilih dan boleh redeem barangan Tupperware percuma. waaa!! sesiapa yang selalu shopping di Giant boleh la ambil peluang nih.
Promosi bermula 16 Julai 2010 sehingga 15 Oktober 2010.
Hari ni bermulalah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52 di PWTC. Seumur hidup aku, baru sekali aku menjejakkan kaki ini untuk hadir mendengar alunan merdu para² qari/qariah ni. Kalau tak silap aku pada tahun 1999. Masa tu, aku sedang menunggu keputusan SPM. uih.. lama dah ni, dah lebih 10thn pon.
nota kaki : jom kita ramai² menonton Majlis Tilawah ni. kalau tak silap, tv1/astro ada menayangkan majlis ini secara langsung.
Aku sentiasa percaya, setiap daripada kita adalah unik. Unik dengan cara tersendiri. Unik dengan kepercayaan masing-masing. Unik dengan haluan masing-masing. Semuanya unik, tak kira lah samada dari segi cara kita bercakap, memandang mahupun gerak laku perbuatan. Semua itu adalah tersendiri. Walaupun kita cuba jadi copycat, aku percaya kita masih unik dengan cara kita yang tersendiri
Tetapi, aku juga percaya. Kita adalah unik pada sesetengah kondisi sahaja. Kita adalah unik kepada sesetengah orang sahaja. Tidak semua. Kerana, yang sebilangan kecil itu sebenarnya termasuk mereka yang SUDI melihat apa yang terbaik di sebalik tabir diri kita. Bukan apa yang tercela..
Bulan Syaaban dah kembali. Kurang sebulan Ramadhan akan menjelang.. Rasulullah paling banyak berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Sya’ban berbanding bulan-bulan lain. Jom ikut Rasulullah..
Lama tak menulis kat sini. Awanterbang nyaris² terkubur disebabkan kesibukan yang melanda. Kalau diturutkan hati hendak saja ditutup Awanterbang ini. Kerajinan masih belum Awan temui.. Di celah kesibukan yang melanda, Awan masih sempat set kan blog untuk si kecik Awan. fuhh.. bila dah sedia nanti, Awan publishkan oke!!